Ulamak dikekal tidak bermakna profesional ditolak

TOK GURU KITA
Saya sudah menjangkakan Dato' Haron Din menarik diri dan memang saya mengharap beliau menarik diri dari bertanding Timbalan Presiden PAS.

Dato' Haron sekarang menyandang jawatan Timbalan Musrsyidul Am PAS. Seorang ilmuan yang disegani oleh kawan dan lawan seharusnya menduduki tempat yang tertinggi didalam hiraki parti. Dan jawatan Timbalan Mursyidul adalah paling tepat dengan kedudukan beliau.

Saya mengharap sangat-sangat Husam dan Mat Sabu menarik diri dari pertandingan jawatan Timbalan Presiden kerana jika mereka kalah, maka hilanglah dua tokoh di dalam PAS. Buat masa sekarang, mereka adalah penyandang Naib Presiden PAS.

Mereka boleh menyumbang segala tenaga serta idea dan jika ingin membawa perubahan kepada PAS, platform Naib Presiden atau Lujnah politik tiada apa-apa halangan bagi mereka menyumbang sesuatu yang bernas. Saya yakin PAS amat berbeza dan memang berbeza dengan UMNO dari segi mendengar atau menerima idea dari sesiapa dalam apa peringkat jawatan dalam parti.

Apabila kita berkata kepimpinan ulamak perlu dikekalkan, tidak bermakna ahli profesional di dalam PAS ditolak.

Comments :

0 comments to “Ulamak dikekal tidak bermakna profesional ditolak”

Post a Comment