Kalau tendang dan masuk gawang...... siapa yang akan menjerit... GOOOOOOOLLLLLL!!!!!! UBN Perak yang berkapitankan Zambry DPulau ke atau Pakatan Rakyat yang berkaptenkan DS Nizar Jamluddin.....
Pada kira-kita pukul 3,30 petang nanti.... Mahkamah Rayuan akan membuat keputusan sama gol kemenangan akan diberikan kepada Nizar atau Zambry.... Para penyokong dah tak sabor menunggu weh..... Tunggu.... tunggu.... dan setia menunggu!!
Semalam.... peguam yang mewakili kedua-dua belah pihak, telah memberikan hujah masing-masing. Yang UBN nyer.... belit lagu tu.... belit lagu ni, manakala yang Pakatan Rakyat pulak... pintas macam tu dan belok ikut ini...... Apa ke sudah nyer kita tunggu jer ler........
Mula-mula dulu, Hakim Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur, Datuk Abdul Aziz Abdul Rahim pada 11 Mei lalu telah menisytiharkan DS Nizar MB Perak yan sah tapi 'orang tu' tak puas hati.
Pada 12 Mei... Zambry rayu pulak di Mahkamah Rayuan, supaya keputusan itu ditangguhkan sehingga rayuan. Secepat kilat... hakim Mahkamah Rayuan, Dato' Ramly Ali telah membenarkan permohonan si Zambry..... alahai dondang!!! Kes pun ditunda.... hai sampai dua kali tunda ler.... Tang kita.... depa tunda-munda..... Tang depa....... cepat-mepat, segera-mera. Mana aku tak mare.....
Then.... 13 Mei pulak, DS Nizar telah membuat rayuan untuk mengetepikan keputusan Mahkamah Rayuan itu bagi penangguhan pelaksanaan itu.
And..... 22 Mei... ah hah.... hari ini....... 3 panel hakim iaitu....Hakim Md Raus Sharif, Hakim Zainun Ali dan Hakim Ahmad Maarop yang mendengar hujah-hujan kedua-dua belah pihak semalam...... akan membuat keputusan penting yang dinanti-nantikan bukan saja..... oleh seluruh rakyat Perak... rakyat Satu Malaysia...... malah seluruh dunia sedang menyaksikan kehebatan hakim-hakim dalam sistem perundangan di Satu Malaysia dalam men'deliver'kan penghakiman mereka.
So... siapakah yang akan dinobatkan sebagai MB Perak yang sah.....????
Nizar atau Zambry??
Penghakiman nyer nanti.......
RELEVANT OR IRRELEVANT???
Ehem...ehem.... ehem.... !!!! Sori-sori.. terbatuk pulak teman. Bukan apa ...... sebut jer penghakiman oleh mahkamah Malaysia..... tiba-tiba jer tekak teman jadi gatei..... Isy.. sensitive betoi!!!! Gugup ler... ubat batuk cap, Kelapa Laut Africa!!!! Kasi chance ler bagi iklan free.....
Tik.... Tok.... Tik..... Tok.... Dup.... Dap.... Dup..... Dap....!!!! Tungguuuuuuuuuuuuu!!!!!
Comments :
Post a Comment