Kematian Ismail kehilangan besar pada kerajaan negeri,PAS

The image “http://1.bp.blogspot.com/_KGV6eRwYXLg/SbOX-lp5KoI/AAAAAAAAADU/VfHTUomyAdk/s320/spr.jpg” cannot be displayed, because it contains errors.
KUALA KRAI, 22 Mei- Menteri Besar Kelantan, Tuan Guru Dato' Nik Abdul Aziz Nik Mat menyifatkan kematian Anggota Dewan Undangan Negeri (Adun) Manik Urai,Haji Ismail Yaacob,60, sebagai kehilangan besar kepada kerajaan negeri dan PAS.

eliau yang juga Mursyidul Am PAS berkata Ismail, yang meninggal di Hospital Raja Perempuan Zainab II, Kota Baharu di sini kira-kira 5.50 pagi tadi sebagai antara wakil rakyat PAS yang paling lama berkhidmat di Kelantan.

[AL-FATIHAH.jpg]
Sementara itu, Speaker Dewan Undangan Negeri Kelantan, Ustaz Nusuruddin Daud berkata Ismail menunjukkan prestasi yang sangat baik sebagai seorang wakil rakyat.

Petang tadi, ribuan penduduk menunaikan solat jenazah ke atas Allahyarham Ismail di Masjid Kampung Manek Urai Lama sebaik sahaja selepas solat Jumaat.

Tuan Guru Nik Aziz mengimamkan solat tersebut yang melimpah sehingga ke luar masjid.

Hadir sama Timbalan Menteri Besar, Dato' Ahmad Yakob; Speaker Dun Kelantan, Ustaz Nusuruddin Daud, anggota-anggota Exco kerajaan.

Selain itu turut hadir wakil-wakil rakyat, pemimpin PAS kawasan, KeADIlan dan pegawai kerajaan.Image

Sebelum itu Menteri Besar menyampaikan khutbah Jumaat dan sempat bertakzirah ringkas mengenai kematian.

Ramai melihat Tuan Guru Nik Abdul Aziz sekali sekala sebak mengenangkan Paksu Mail, seorang pemimpin yang begitu rapat dengan masyarakat.

Selain itu jenazah Paksu Mail, terdapat satu lagi jenazah iaitu wanita yang juga meninggal dunia hari ini turut disembahyangkan serentak.
Image
Kehadiran orang ramai menyebabkan Kampung Manek Urai Lama menjadi sendat dan berlaku kesesakan luar biasa di jambatan memandangkan ia hanya boleh dilalui sehala sahaja.

Kedua-dua jenazah kemudian diusung ke tanah perkuburan yang terletak tidak jauh dari rumah Paksu Mail. Jenazahnya dibawa turun ke liang lahad kira-kira jam 2.05 petang.

Comments :

0 comments to “Kematian Ismail kehilangan besar pada kerajaan negeri,PAS”

Post a Comment