Dun Manek Urai kosong diberitahu SPR Isnin ini - Speaker

[PRKMANEK+URAI.jpg]
KOTA BHARU, 22 Mei- Speaker Dewan Undangan Negeri (Dun) Kelantan, Ustaz Nusuruddin Daud akan memaklumkan secara rasmi kekosongan kerusi di Dun Manek Urai kepada Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) Isnin ini.

Beliau berkata, pemakluman secara rasmi akan dihantar pada tarikh terbabit disebabkan hari ini dan esok cuti mingguan di Kelantan. Manakala Ahad pula cuti mingguan di Kuala Lumpur.

Perkara 46 (5) Undang-Undang Tubuh Negeri Kelantan menyatakan sesuatu kekosongan luar jangka kerusi di Dun perlu diisi dalam tempoh 60 hari selepas tarikh dipastikan kekosongan oleh SPR.

"Saya akan kempilkan bersama surat kematian Adun terbabit bagi memaklumkan kekosongan tersebut. Surat rasmi akan dihantar kepada Pengarah SPR Kelantan dan ibu pejabat SPR," katanya di sini.

Pada pilihan raya umum 8 Mac lalu, Ismail mengatasi calon Barisan Nasional (BN), Zulkifli Omar dengan majoriti 1,352 undi. Ismail mendapat 5,746 undi, manakala Zulkifli (4,394 undi).

Pada pilihan raya ke-11 tahun 2004, Zulkifli menang dengan majoriti tipis sebanyak 53 undi mengatasi calon PAS ketika itu, Ustaz Zamzuri Mat Lazim.

Comments :

0 comments to “Dun Manek Urai kosong diberitahu SPR Isnin ini - Speaker”

Post a Comment