Dasar PPSMI 'rosakkan' generasi muda - Ketua Muslimat PAS

TAIPING, 11 Mac (Hrkh) - "Kami bukan gila mengutuk, tapi apa yang dihamburkan terhadap pimpinan Umno-Barisan Nasional adalah berdasarkan pada bukti dan kebenarannya sejak mereka memerintah 51 tahun negara ini."

Ketua Dewan Muslimat PAS Pusat, Ustazah Nuridah Salleh berkata pihaknya akan sentiasa mengulangi sanggahan terhadap perbuatan Umno-BN selama ini demi menghalang penyelewengan daripada terus berlaku.

"Kami pun sebenarnya sudah hampir jemu dan jelak untuk bercakap perkara sama mengenai perbuatan seperti Najib dan rakan-rakannya.

"Tetapi, tiada cara lain untuk menyedarkan rakyat bagi menghalang penyelewingan Umno-BN berterusan,"jelasnya sempena Pelancaran Gerak Kerja Pilihan Raya Kecil Parlimen Bukit Gantang, Simpang Empat dekat sini dua hari lalu.

Nuridah menegaskan, dasar PPSMI menjelaskan kepada rakyat bahawa itu sekadar slogan murahan untuk meminta rakyat terus menyokong perbuatan licik mereka.

"Rakyat telah dihalang dengan gas pemedih mata dan pancutan meriam air yang mengganggu protes aman terdiri puluhan ribu rakyat berbilang kaum dari berbagai peringkat ilmuan untuk menentang prinsip amalan penjajah itu," katanya.

Kata Nuridah, berdasarkan kajian dari badan profesional Bahasa Melayu menunjukkan dasar itu telah meninggikan draf kemerosotan perbelajaran anak-anak Melayu dalam sains dan matematik penghantar bahasa Inggeris.

"Tapi, sungguh sayang kerajaan Umno-BN terus membodohkan diri tidak peduli saranan pimpinan profesional bahasa di kalangan rakyat," jelasnya.

Tegas Nuridah, dasar tersebut seumpama "keris makan tuan" iaitu merosakkan masa depan generasi muda kita .

"Anak-anak kita bukan bertambah maju ke depan malah sebaliknya ianya banyak mendorong kepada kegiatan sosial yang negatif, seperti mendekati penyalahan pengunaan dadah, mat rempit dan terpengaruh sosial liar,� tegas Nuridah.

Comments :

0 comments to “Dasar PPSMI 'rosakkan' generasi muda - Ketua Muslimat PAS”

Post a Comment