- Petikan dari buku : Islam Boleh, Maahad ad-Dakwah Wal-Imamah, 1995
Kita berdoa walaupun setiap masa 24 jam boleh belaka tetapi saat yang paling baik kita berdoa ialah di penghujung malam. Orang PAS khususnya pemimpin peringkat negeri, peringkat kawasan, peringkat cawangan ingat satu Hadis bermaksud: "Mu jangan buat rumahmu ini serupa kubur" - Riwayat Abu Dawud
Sebagaimana kubur kita itu bila kita gali gak, bau hanyir, tak gerak geri, maka rumahmu pun jadi kubur juga. Buat habis berpuluh-puluh ribu, beratus-ratus ribu, tiba-tiba bertaraf kubur sahaja. Masa itu masa Tuhan turun rapat ke langit dunia ke, masa mana ke, tidur juga, itu tidak betul.
Maksudnya: Allah turun dari atasan Dia ke langit dunia ini di penghujung malam di tiap-tiap malam, sambil tawar murah-murah: Tak da ke orang nak minta ampun, Aku nak ampun dia. tak da ke orang nak minta sesuatu, Aku nak beri dia. tak da ke orang berdoa, Aku nak mustajab doa dia. - Maksud Hadis Riwayat At-Tirmizi
Kalau kita pemimpin PAS tidur di saat Tuhan dok beri rezeki murah-murah begini, maka kita sudah tidak layak, bahkan bukan sekadar tidak layak, kita khianat kepada orang bawah kita. Orang bawah kita dok harap kitanya menjadi mesin fotostat, saling tak tumpah dengan Nabi Muhammad SAW, sebagaimana Nabi Muhammad SAW tiap-tiap malam bangun bukan sahaja berdoa tetapi sembahyang sampai bengkak-bengkak kaki, tiba-tiba kita pejuang Islam, ada bangun, ada hak tak bangun. Yang bangun itu Alhamdulillah, kita doa supaya Allah lipat gandakan lagi nikmat dia, iman dia, kepercayaan dia kepada Allah SWT. Yang tidak bangun lagi kita kata setakat petang ini sudahlah, kita mesti baiki keadaan kita daripada malas bangun malam, menjadi orang yang rajin.
SETERUSNYA>>>